INFO TERKINI * Arahan * Makluman * Pemberitahuan * Pemberitaan *

Sabtu, 5 Ogos 2017

HARI KEUSAHAWANAN ASRAMA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN - 8 Hingga 9 OGOS 2017



PROGRAM BULAN KEBANGSAAN 
ASRAMA SMK PINAWANTAI KUDAT



Sehati Sejiwa
Sehati sejiwa mencerminkan Kesepaduan, Kesefahaman, Kekitaan, dan Kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira dimana meraka berada.


Bunting Pemakluman






Iklan Hari Keusahawanan






HARI KEUSAHAWANAN ASRAMA SMK PINAWANTAI KUDAT
SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

1. Pendahuluan
Karnival Keusahawanan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Asrama SMK Pinawantai Kudat. Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar asrama berinteraksi dan menguruskan proses jual beli dengan masyarakat. Disamping itu pelajar asrama akan mendapat peluang untuk menguruskan penyediaan dan perlaksanaan program keusahawanan serta dapat mencungkil kemahiran dalam bidang perniagaan . Aktiviti ini selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan juga emosi melalui penyertaan dalam aktiviti sebegini. Pengalaman yang ditimba melalui perlaksanaan program ini bakal diaplikasikan oleh mereka kelak bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat yang serba mencabar.

2. Objektif
  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman membuka gerai keusahawanan dalam sesuatu karnival.
  • Membentuk pelajar yang berfikir kritis dan kreatif dalam bidang perniagaan.
  • Melatih semangat berkumpulan, sikap toleransi, bertanggungjawab dan hormat menghormati dalam diri murid.
  • Meningkatkan kemahiran promosi, penjualan dan pemasaran dalam diri para pelajar. Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
  • Memberi peluang kepada pelajar asrama untuk berinteraksi dengan masyarakat.
  • Meningkatkan keyakinan diri para pelajar dan mengasahkan kemahiran berkomunikasi mereka.


3. Tarikh & Tempoh Perlaksanaan
    -8 Hingga 9 Ogos 2017

4. Tempat
    - Parkir Kereta Asrama SMK Pinawantai Kudat

5. Tentatif
  
8 Ogos 2017
  • 2.00 ptg  - Penyerahan tapak karnival pada AJK oleh Pengetua.
  • 2.30 ptg  - Penjualan bermula.
  • 3.00 ptg  - Lawatan para warga SMKPI ke tapak Karnival.
  • 5.30 ptg  - Jualan hari pertama berakhir.

9 Ogos 2017
  • 2.00 ptg  - Semua AJK Karnival mengambil tempat di gerai masing-masing.
  • 2.15 ptg  - Tapak Karnival dibuka kepada warga SMKPI.
  • 2.30 ptg  - Mulakan Jualan.
  • 5.30 ptg  - Karnival Berakhir