INFO TERKINI * Arahan * Makluman * Pemberitahuan * Pemberitaan *

Selasa, 14 November 2017


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA




A.        TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU BESAR  Pengetua/Guru Besar perlu melaksanakan/menyediakan perkara yang berkaitan dengan pengurusan  dan pentadbiran asrama iaitu :  1.    Dasar
 ·         Visi dan Misi
 ·         Falsafah dan Matlamat
 ·         Peraturan Asrama
 ·         Pengambilan dan Pemilihan Murid Asrama
  2.    Pengurusan dan Pentadbiran Asrama
  ·                   Penasihat semua jawatankuasa di asrama
 ·                   Menyediakan struktur organisasi pengurusan asrama
 ·                   Mengagihkan tugas kakitangan asrama
 ·                   Mengurus pelantikan warden
 ·      Menyediakan dan mengawalselia pejabat pentadbiran asrama dan rumah warden.
 ·      Mengurus, memantau dan menguatkuasa Kontrak Bekalan Makanan              Bermasak/Mentah, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan
 ·      Mengurus pembangunan dan penyelenggaraan fizikal bangunan,   peralatan dan kemudahan asrama.
 ·      Memaklumkan dan menghantar semua laporan yang berkaitan dengan     kes-kes keracunan makanan, dendaan dan kes-kes yang melanggar perjanjian kontrak penswastaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
  3.    Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan
 ·  Menentukan keperluan peruntukan asrama dan anggaran belanja mengurus mencukupi.
 · Memastikan kewangan asrama diurus mengikut kehendak Pekeliling Kewangan.
 ·         Mengawalselia semua pungutan yuran asrama.
 ·    Mengurus pembayaran tuntutan bekalan makanan bermasak/mentah kepada pembekal setiap dua minggu sekali.
 ·   Memastikan semua jenis pembayaran dijelaskan oleh kontraktor atau pihak lain (seperti pihak yang menyewa bangunan asrama) kepada  asrama   supaya tidak berlaku Akaun Belum Terima (ABT).
 ·         Memastikan pihak kontraktor telah menjelaskan semua tanggungan yang berkaitan dengan asrama seperti bil air, bil elektrik,  kerosakan peralatan,  dan premis  sebaik sahaja  kontrak tamat.
  4.    Pengurusan Murid Asrama
 4.1  Akademik
 ·     Memastikan jadual harian murid asrama dirancang dan disediakan secara  sistematik.
 ·  Mempastikan jadual ‘prep’ dipatuhi sepanjang masa.
 ·  Melantik warden yang bertanggungjawab menyelia perjalanan jadual ‘prep’ setiap hari.
 ·     Menyediakan tempat ‘prep’ yang selesa.
 ·      Merancang dan melaksanakan kelas tambahan.
 ·    Menyediakan perpustakaan, buku rujukan, komputer  serta  kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. ·   Merangka, merancang, melaksana, memantau dan menilai program peningkatan dan kecemerlangan akademik menerusi perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang.  4.2 Disiplin · Memastikan peraturan asrama dipatuhi oleh murid dan waris serta dikuatkuasakan pelaksanaannya.
 ·  Menyediakan sistem pemantauan disiplin yang sesuai dan mampu menangani permasalahan murid asrama.
  
4.3 Kokurikulum dan Sukan ·   Memastikan semua murid asrama mengambil bahagian di dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan di asrama.
 ·      Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi.
 ·     Menyediakan jurulatih dan pembimbing.
 ·     Mengadakan pertandingan antara ‘dormitori’ dan asrama.
 ·    Mengadakan lawatan sambil belajar/integrasi/program pertukaran pelajar.
 ·  Memastikan murid asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar.
  4.4 Pembangunan Sahsiah ·      Mengadakan kursus-kursus motivasi, kepimpinan dan ketahanan diri.
 ·      Mengadakan kelas Fardhu Ain.
 ·      Menganjurkan majlis-majlis sempena hari kebesaran Islam.
 ·  Mengadakan program penghayatan sempena hari kemerdekaan/kebesaran negara.
  4.5 Kebajikan · Mempastikan kebajikan murid asrama dititikberatkan seperti penyediaan tempat tinggal yang kondusif.
 ·  Mempastikan murid asrama yang sakit diberikan rawatan yang sewajarnya.
 ·  Mempastikan tempat tinggal warden dalam keadaan yang selamat dan selesa.
 ·  Mewujudkan Tabung Kebajikan Murid Asrama (mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri).
 ·  Menubuhkan Majlis Perwakilan Ibubapa yang terdiri daripada ibubapa/waris murid.
 5.    Surat Pekeliling Ikhtisas
 ·    Memahami dan melaksanakan Surat Pekeliling Ikhtisas dan arahan berkaitan dengan asrama.
     B.  TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
 ·    Melaksanakan program peningkatan akademik murid asrama.
 ·      Pengurusan kewangan asrama.
 ·      Pengurusan kakitangan asrama..
 ·     Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
 ·      Menjalankan tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaannya.
  C. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID         
·      Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama .
 ·     Membantu dalam perlantikan  warden asrama.
 ·     Melaksanakan program-program bagi Peningkatan Prestasi Akademik Murid Asrama.
 ·       Membantu dan memantau kewangan asrama.
 ·     Menyelaraskan semua pungutan  wang seperti pungutan yuran asrama, Buku Tunai,  Buku Resit dan Buku Stok.
 ·         Membantu mengurus kakitangan asrama.
 ·          Memastikan  pengurusan  kesihatan murid asrama dijaga.
 ·          Menyemak data SMA.
 ·        Menyelia tugas warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid.
 ·  Memastikan penyeliaan makanan dipantau mengikut jadual/menu yang ditetapkan.
 ·      Memastikan premis asrama dijaga dengan bersih dan selamat.
 ·    Membantu dalam pengurusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah.
 · Memastikan kemudahan  rekreasi mencukupi di samping menggalakkanpenyertaan  murid asrama  dalam aktiviti riadah dan  kokurikulum.
 ·       Menjadi Pengerusi Lembaga Pengawas Asrama.
 ·     Bertanggungjawab atas keselamatan murid, bangunan dan alatan asrama supaya sentiasa dalam keadaan baik.
 ·      Menyelia supaya  penggunaan air dan eletrik tidak berlaku pembaziran.
 ·    Menyelaraskan penyediaan Laporan Harian Asrama dan Laporan Bulanan  Asrama.
   ·  Melaporkan segera sebarang kes kecemasan yang berlaku di asrama kepada Pengetua/Guru Besar. ·    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
 

D.        TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ·    Memastikan semua murid asrama melibatkan diri di dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan di asrama.
 ·         Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi.
 ·        Menyediakan jurulatih dan pembimbing.
 ·      Memastikan murid asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar.
 ·                     Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
 ·                     Menjalankan tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaannya.
  

E.        TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PETANG
 ·      Membantu pihak pengurusan asrama dalam melaksanakan aktiviti kurikulum dan  kokurikulum.
 ·       Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
 ·       Menjalankan tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaannya.
   F.        TUGAS KETUA WARDEN  ·     Mewakili Pengetua/ Guru Besar/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seperti yang  diarahkan.
 ·      Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama   dilaksanakan sepenuhnya.
 ·       Menyelia dan menyelaras tugas-tugas warden.
 ·  Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
 ·    Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar.
 · Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin, kaunseling dan program pembangunan insan di asrama.
 ·     Memastikan warden menjalankan tanggungjawabnya.
 ·    Membantu Penyelia Asrama dalam menyediakan data SMA.
 · Membantu menguruskan kemasukan murid baru seperti penyediaan borang/dokumen, taklimat kemasukan dan orientasi murid baru dan sebagainya.
 ·  Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir.
   G. TUGAS WARDEN ·   Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
 ·  Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas laporan harian pengawas dan Ketua  Dormitori.
 ·    Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan HEM.
 ·                     Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala; contohnya:
-                    Kelas persediaan
-                    Waktu Solat
-                    Waktu makan
-                    Kelas fardhu ain/kelas agama
-                    Aktiviti gotong- royong
-                    Pertandingan antara dormitori
-                    Majlis Makan Beradab
-                    Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
 ·     Memantau pengawas bertugas menjalankan ’roll-call.’
 ·      Mengadakan pemeriksaan dan ’roll-call’ .
 ·      Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.
 ·   Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-Ketua Dormitori.
 ·    Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilik-bilik khas,  tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan.
 ·    Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya.
 · Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil tindakan susulan yang sesuai.
 · Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama:
-                    Minit Mesyuarat terdahulu
-                    Laporan bulanan asrama
-                    Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.
 · Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali.
 ·    Membantu mengurus kemasukan murid asrama.
-                    Penyediaan borang/dokumen
-                    Taklimat kemasukan
-                    Sesi suai kenal murid baru
 ·     Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.
 ·           Mengumpul data/maklumat murid untuk:
-            Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan
-             Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri.
Negeri.·     Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.
 ·     Mengadakan perjumpaan dengan waris.
 ·     Mengadakan Latihan kecemasan.
 · Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.
 ·     Menyelia dan memantau kebajikan  murid berkaitan:
-                    Makanan
-                    Keselesaan di asrama
-                    Kesihatan
-                    Keselamatan
-                    Biasiswa
 ·      Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :
-                    Pungutan yuran asrama
-                    Perkhidmatan   pembersihan kawasan
-                    Kawalan keselamatan
-                    Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama
 ·     Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan HEM.  .
  H. TUGAS PENYELIA ASRAMA
 1.0 Pentadbiran ·         Menyelia kakitangan asrama, perkhidmatan keselamatan dan pembersihan.
 ·         Mengurus inventori asrama.
 ·         Mengurus stor-stor asrama.
 ·         Menyediakan rekod-rekod pelajar yang tinggal di asrama.
 ·         Menyediakan jadual tugas harian/bulanan bagi kakitangan asrama.
 ·         Mengurus Pejabat Asrama dan memastikan perkara-perkara berikut teratur dan  kemas.
                
-              Sistem Fail
-              Data-data
-              Peralatan dan perabot serta susun aturnya
-              Buku Stok/Inventori peralatan,perkakas,perabot, dan lain-lain
-              Pekeliling-pekeliling yang berkaitan asrama
-              Buku Laporan Prestasi Kontraktor
-              Membantu warden dalam urusan/proses pengambilan dan pendaftaran                murid   baru.
 · Memastikan  hapuskira peralatan dan perabot asrama / dewan makan diuruskan.
 ·  Bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan kepada Pengetua/Guru    Besar dan  mengambil  tindakan susulan setelah mendapat kebenaran.
 ·      Mengumpul maklumat dari pihak yang berkaitan, menyediakan data dan
·      menghantarkannya kepada   pihak-pihak yang memerlukan.
 ·      Membantu menjayakan sebarang aktiviti asrama.
 ·      Menghadiri mesyuarat, taklimat serta kursus yang berkaitan.
 ·      Mengurus hal-hal berkaitan penggunaan asrama oleh pihak luar.
 ·      Membantu tugas-tugas warden ketika ketiadaannya di asrama.
 ·      Bertanggungjawab melengkap dan mengemaskini data SMA.
 ·      Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar atau Penolong Kanan  HEM.
              2.0 Kewangan
 ·         Mengurus permohonan pembelian barang dan peralatan asrama untuk kegunaan asrama.
 ·         Menyediakan anggaran peruntukan tahunan asrama.
 ·         Mengurus pembayaran bil-bil asrama.
 ·         Mengurus Buku Tunai Asrama.
 ·         Menutup akaun asrama setiap hujung bulan.
 ·         Membuat penyata audit setiap hujung tahun.
 ·         Menuntut Geran Perkapita (PCG)  asrama dan pelarasan jika ada.
 ·         Membuat kutipan yuran asrama
 ·      Membantu memohon kelulusan menggunakan Wang Lebihan Makanan Asrama ke Jabatan Pelajaran  Negeri/ Kementerian Pelajaran Malaysia.
 


 3.0 Kontrak Penswastaan
 3.1  Bekalan Makanan Bermasak ·      Mengawal kebersihan makanan dan minuman serta pekerja dewan makan mengikut  garis panduan  kesihatan.
 ·      Mengemukakan laporan bulanan makanan ke Jabatan Pelajaran Negeri.
 ·      Mengemukakan laporan makanan tahunan ke Kementerian Pelajaran
Malaysia. ·      Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan bekalan makanan:
 -       Mengisi Borang Pesanan (Jadual 8)
-       Menerima dan memeriksa bahan mentah
-       Mendapatkan pengesahan atau persetujuan Pengetua/Guru Besar
     jika berlaku  pertukaran  bahan/menu.-       Memantau proses penyediaan makanan.
-       Mengurus buku laporan harian bekalan bermasak.
-       Memastikan kontraktor mematuhi perjanjian kontrak dari aspek
 bahan mentah, menu, spesifikasi dan masa yang ditetapkan. ·      Memastikan premis,perabot dan peralatan  selamat digunakan.
 ·      Memastikan kontraktor mematuhi peraturan/ garis panduan berkaitan   pekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian  Pelajaran, Kementerian  Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 ·      Memastikan penerimaan bahan mentah mencukupi dan berkualiti.
 ·      Membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan      pengurusan tender bekalan  makanan asrama.
 

3.2   Kawalan Keselamatan
 ·      Mempastikan Pengawal Keselamatan menjalankan tugas seperti dalam perjanjian kontrak.
 ·      Menyediakan jadual bertugas Pengawal Keselamatan.
 ·      Menyedia dan menghantar laporan harian/bulanan kepada pihak pengurusan sekolah.
  
 3.3   Pembersihan Kawasan
 ·      Mempastikan kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan seperti dalam perjanjian kontrak.
 ·      Menghantar laporan bulanan kepada pihak sekolah dan kontraktor.
 4.0   Kebajikan
 ·      Penyeliaan kesihatan murid berkaitan:
 -        Pengurusan bilik sakit.
-        Pengurusan pergerakan murid asrama ke klinik/hospital.
-        Memberi bantuan mula kepada murid asrama.
-        Menyediakan dan mengemaskini rekod kesihatan murid asrama. 5. 0   Fizikal
 ·      Menjaga kebersihan kawasan asrama termasuk bangunan-bangunan.
 ·      Melaporkan kerosakan harta benda kerajaan.
 ·      Menjaga semua alatan dan kemudahan di asrama.
 ·      Menjalankan pemeriksaan setiap pagi untuk menentukan kebersihan dormitori, tandas, bilik  air, bilik-bilik khas, surau, dewan makan dan persekitaran asrama dalam keadaan bersih , teratur dan diurus rapi.
 ·      Menghantar Laporan Bulanan Pembersihan Kawasan Asrama.
  6.0  Keselamatan   
 ·      Memastikan semua peralatan keselamatan di asrama berfungsi dengan baik.
 ·      Memastikan keselamatan persekitaran asrama.
 ·      Memastikan semua kerosakan di asrama diselenggara dengan segera.
 ·      Memastikan semua pendawaian dan peralatan elektrik selamat digunakan.
        
I.   TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
 ·Bertanggungjawab dalam pembentukan perkembangan jasmani, emosi,   rohani dan intelek murid asrama.
 · Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan di asrama. ·Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid-murid sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/alam sekitar. ·Melayan keperluan murid yang sakit atau bermasalah emosi.
 ·  Mengawasi keselamatan murid.
 ·  Menjadi pengantara dengan ibu bapa dan penjaga murid.
 · Menghadiri dan mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat pengurusan asrama.
 ·Membantu  pelaksanaan program orientasi murid baru.
 ·Bertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir dan pengurusan asrama sebarang  perkara yang tidak teratur, tidak mencukupi dan  tidak sesuai di asrama.
 ·  Menyemak dan memastikan keperluan diri murid asrama terurus.
 · Menyediakan laporan/rekod kesihatan murid asrama.
 ·  Membantu pelaksanaan aktiviti murid asrama.
 ·  Memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan mengikut jadual:
 -        Aktiviti Umum -  membantu melaksana dan memastikan murid mengambil bahagian  secara aktif  dalam aktiviti  seperti berikut:
 §    Perhimpunan Umum
§    Gotong-royong
§    Aktiviti sukan dan rekreasi
§    Kelas Fardu Ain
§    Pemeriksaan mengejut/“roll call”
§    Sambutan Hari Kebesaran
§    Latihan Kecemasan
§    Lawatan Sambil Belajar
 -        Aktiviti Harian – Melaksana serta memastikan aktiviti harian dipatuhi
                                oleh semua murid.
 ·         Melatih, mendidik dan memastikan murid ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
 -        Hadir ke sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan rasmi bermula :
 §  Hari persekolahan harian
§  Kelas bimbingan
§  Persekolahan Gantian
§  Aktiviti Sukan dan Permaianan / kokurikulum
§  Majlis dan Upacara sekolah
                
-        Membawa  bahan dan peralatan yang selengkapnya ke sekolah.
 -        Memaklumkan kepada guru kelas / pihak pentadbiran jika murid tidak dapat  hadir    ke sekolah atas sebab-sebab kesihatan.
   ·         Kelas Persediaan
 -        Membimbing dan membantu murid belajar selepas waktu persekolahan.
 -        Memastikan murid mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum masuk ke kelas persediaan.
 -    Membimbing dan memastikan murid asrama hadir ke kelas persediaan pada waktu yang ditetapkan. -        Membaca buku dan membuat kerja sekolah. -        Mematuhi disiplin belajar ketika berada di dalam kelas. -    Mengemas bahan dan peralatan yang digunakan sebelum meninggalkan bilik kelas persediaan.  ·         Waktu Solat
 -Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan bersembahyang lima waktu serta menguruskan kelas Al-Quran.
 -  Membersihkan diri  murid sebelum solat dan belajar Al-Quran.
 - Memakai pakaian yang sesuai, lengkap dan bersih.
 -  Hadir ke surau untuk bersembahyang berjemaah sebelum azan.
 - Hadir ke kelas Al-Quran selewat-lewatnya  5 minit sebelum kelas bermula.
 - Mengambil wuduk sebelum solat / kelas Al-Quran.
 -Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika berada di surau/kelas al-Quran.
 -  Sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan surau/ kelas al-Quran. * Bagi murid bukan Islam, masa ini dipenuhi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan    kerohanian mengikut kesesuaian amalan dan kepercayaan agama mereka.   
  

·         Waktu Makan
 Melayan, membimbing dan memastikan penghuni asrama mengamalkan cara-cara dan adab sopan ketika makan. -        Membasuh tangan dengan sabun sebelum memegang peralatan makan.
 -        Beratur ketika mengambil makanan.
 -        Mengambil makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran.
 -        Duduk dengan tenang dan sopan.
 -        Membaca doa sebelum makan.
-        Tidak berbual secara keterlaluan dan bermain ketika makan.
 -        Membaca doa selepas makan.
 -        Meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan selepas makan.
 -        Membersikan tangan selepas makan.
 -        Keluar dari dewan makan dengan teratur.

 ·         Waktu Masuk dan BangunTidur
 -        Melatih murid tidur pada masa yang ditetapkan.
 -        Melatih dan memastikan murid supaya membuang air dan membersih diri sebelum masuk tidur.
 -        Melatih murid supaya mengamalkan adab-adab tidur.
 -        Memastikan lampu ‘dormitori’ dipadamkan semasa waktu tidur.
 -        Memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur setiap masa seperti mengemas katil, melipat selimut bercadar dan bersarung bantal.

 ·         Pemeriksaan kesihatan
 -           Melatih murid menjaga kebersihan,keceriaan dan keselamatan di asrama
-           Menjaga kebersihan dormitri, tandas, persekitaran dan bilik-bilik khas
-           Mempastikan tidak ada sampah di persekitaran asrama
-           Bersama bertanggungjawab memelihara kesegaran tumbuhan
-           Sentiasa menggunakan kasut ketika berjalan

 ·         Pengurusan diri
 - Membimbing murid asrama sentiasa memelihara kekemasan dan                    kebersihan diri
-      Membimbing murid asrama menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dalam    pergaulan
            -   Membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai         
                pakaian dengan kemas dan teratur
-    Membantu dan membimbing penghuni asrama mengurus pakaian
            –  Membersih dan mengemas pakaian pada setiap hari.
-       Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai
                  pakaian dengan kemas dan teratur.
-           Memakai pakaian dengan kemas dan teratur
-           Menggunakan minyak rambut dan menyikat dengan rapi
-           Memakai bedak yang dibenarkan
-           Membasuh
-           Menjemur
-           Mengangkat
-           Menggosok
-           Menyimpan
 ·         Riadah
 -           Melayan dan membimbing penghuni asrama ketika bermain di luar waktu 
                    persekolahan dan waktu kegiatan riadah
-           Hadir ke padang dan bilik kegiatan pada waktu yang ditetapkan
-           Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan
-           Bermain di kawasan padang atau ruang-ruang yang dibenarkan
-           Menjaga keselamatan diri ketika bermain
-           Tidak begaduh ketika bermain
 ·         Pengurusan Disiplin
 -           Membimbing dan mengasuh murid asrama supaya sentiasa berakhlak,   
                    berdisiplin, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
 -           Menguatkuasakan peraturan pada setiap masa. -           Dalam pergaulan seharian
 -           Ketika makan
 -           Semasa menyertai kegiatan sukan dan rekreasi -           Ketika belajar -           Solat   
 ·         Kebersihan
 -           Membimbing,melatih, mengawasi dan memastikan penghuni asrama
                   menjaga kebersihan dan keceriaan asrama.
 -           Dorm
 -           Persekitaran
 -           Dewan makan
 -           Bilik mandi dan tandas  -           Bilik mencuci pakaian -           Kelas persediaan-           Bilik rawatan dan rehat-           Bilik-bilik khas

 ·         Kebajikan dan Keselamatan
 -    Membantu dan melayan keperluan penghuni asrama yang sakit atau 
                  menghadapi masalah emosi.
-           Menghubungi ibu bapa atau penjaga
-           Menyediakan rawatan sementara
-           Pengurusan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital
-           Mengiringi murid balik ke rumah ibu bapa atau penjaga
-           Mengatur pertemuan murid asrama dengan Guru Kaunseling
-           Melayan keperluan murid yang sakit menghadapi masalah emosi
-           Mengawasi murid asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan
-           Memupuk nilai-nilai kasih sayang dan sosial di kalangan murid asrama
-           Memastikan dan mendidik murid asrama mengamal cara pemakanan yang
                    baik
   ·         Pengantara dengan ibu bapa/penjaga
 -        Menjadi pengantara kepada murid yang sakit atau pun menghadapi
                   masalah disiplin, kesihatan, gangguan emosi dan keperluan lain.
-           Menghubungi ibu bapa/penjaga bagi murid asrama yang bermasalah.  
-           Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga.
-           Memaklumkan masalah kepada ibu bapa/penjaga murid asrama
-         Menjalankan tugas dan amanah yang diarahkan oleh pihak Pengurusan
                    Asrama.
  J.  TUGAS PEMANDU KENDERAAN ASRAMA ·         Mengurus, membawa dan menghantar murid asrama atau pegawai tertentu atas tugas rasmi
yang diarahkan. ·  Merekod setiap perjalanan kenderaan sebaik sahaja bermula dan tamat urusan serta memastikan pegawai yang dibawa menandatangani  buku log kenderaan.
 ·  Mengurus dan sentiasa bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan termasuk kunci, kebersihan dan keceriaan kenderaan dari masa ke semasa.
 ·  Menguruskan penyelenggaraan/pembaikan/pengisian minyak dan lain-lain berkaitan kenderaan. ·   Membuat laporan/makluman kepada Ketua Pembantu Tadbir (Unit Khidmat Pengurusan) sekiranya berlaku kehilangan kunci kenderaan dan membuat laporan polis sekiranya berlaku kehilangan/kemalangan/pencerobohan kepada kenderaan. ·         Mengurus lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa   K.  TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN  ·   Pengawal  keselamatan  hendaklah  mematuhi  waktu  bekerja seperti  berikut:
  
Jumlah  Jam
Bil.  Syif
Waktu  Syif
24
Syif  1
7:00 pagi         - 7.00 malam

Syif  2
7.00 malam     - 7.00  pagi
                                                                                                                  
 · Pengawal keselamatan hendaklah hadir mengikut  waktu yang ditetapkan. Jika   pengawal tersebut bercuti, majikannya hendaklah mempastikan ada pengawal yang menggantikannya.     
 · Pengawal keselamatan hendaklah  sentiasa memakai  pakaian seragam lengkap dan menggunakan peralatan bertugas yang telah ditetapkan seperti ‘watchman clock’, lampu suluh, wisel dan cotar.
 · Pengawal keselamatan dikehendaki  memeriksa sesiapa yang keluar masuk  di kawasan asrama.                                                                
 · Menyediakan laporan keselamatan pada setiap jam dan menyerahkan kepada Pengetua/Guru Besar.
 ·  Memastikan murid asrama, peralatan dan bangunan sentiasa dalam keadaan selamat.
 · Melaksana peraturan yang ditetapkan di pos kawalan serta memberi bantuan tunjuk arah kepada ibu bapa dan pelawat.
 · Mematuhi dan melaksanakan Peraturan Umum (General Order) dan Peraturan Tertentu (Special Order).
 · Melakukan pemeriksaan mengikut tempoh waktu  yang tertentu di semua kawasan bagi memastikan keadaan keselamatan terjamin.
 ·  Menghubungi Pengetua/ Guru Besar dengan serta merta sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti kecurian, pencerobohan dan kebakaran di asrama.
 · Melapor dan menyerahkan semua barang yang dijumpai kepada Pengetua/ Guru  Besar sebelum membuat laporan polis.
 ·  Membuat laporan segera kepada pihak pengurusan bagi semua keadaan dan kejadian luar biasa di asrama.
 ·   Tidak membawa apa-apa senjata yang berbahaya semasa bertugas.
 ·  Membuat rondaan setiap satu jam sekali di bangunan dan kawasan   asrama dalam  masa bertugas dan merakam “watchman clock” (dibekalkan oleh syarikat) pada setiap jam   di tempat yang ditentukan.
 ·  Memastikan  lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara atau sebarang alat elektrik dimatikan apabila  tidak diperlukan.
 · Membuat laporan jika didapati sebarang kerosakan atau keadaan berbahaya tidak kira samada ianya boleh diperbaiki  atau tidak.
 ·  Melaksanakan kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci penggera kebakaran dan keselamatan  .
 ·  Menyediakan  laporan keselamatan  pada tiap-tiap jam dan menyerahkan/ melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar  untuk ditandatangani setiap hari.
     L.  TUGAS PEKERJA RENDAH AM (PRA) PEKERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN      KAWASAN. ·         Mematuhi waktu bertugas.
 ·         Memastikan  kebersihan  tandas  dan  bilik air. ·         Memastikan kebersihan kawasan asrama.
 ·         Membersih dan menyapu sampah di bangunan asrama.
 ·         Membersih permaidani dengan menggunakan mesin penyedut hampagas.
 ·     Menebas/memotong/memangkas pokok-pokok kecil/renek serta membersih    /mengumpul / membuang sampah dan hasil tebasan ke tempat pelupusan         sampah. ·         Mencuci serta membersih longkang dan parit di sekitar kawasan asrama.
 ·       Menanam, menyiram dan membaja pokok  bunga serta menggembur tanah.
  ·     Membersih dan mengelap cermin tingkap,kipas angin,lampu ,bingkai gambar dan lain-lain.
 · Menyedut/membersih semua habuk,kekotoran dan sawang di semua bangunan. ·   Mengelap lantai (mopping) semua bilik, kaki lima bangunan dan tangga denga menggunakan bahan   pencuci. ·   Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua /Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ Penyelia Asrama.  

M. TUGAS KONTRAKTOR PEMBERSIHAN KAWASAN · Menyediakan tenaga kerja mengikut bilangan yang diperlukan berdasarkan perjanjian kontrak.
 ·   Memastikan pekerja bertugas mengikut hari dan waktu yang ditetapkan.
 · Memastikan sekitar kawasan bangunan, bilik-bilik, longkang dan kawasan yang diarahkan oleh pengurusan asrama sentiasa bersih dan ceria.
 ·  Menyediakan tong yang mencukupi dan memasang plastik pada tong-tong sampah tersebut. Sampah hendaklah dibuang  dua kali sehari.
 · Memotong, menyapu, mengumpul dan membuang  rumput dua kali sebulan. Panjang rumput melebihi 30.0 mm (3 cm) dari paras tanah.
 · Menebas, memotong memangkas’hedges’ semak/belukar, pokok-pokok kecil dengan ukuran lilit tidak melebihi 12” serta mengumpul, membuang sampah hasil tebasan di tempat pelupusan sampah selepas kerja-kerja dilaksanakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
 ·  Mencuci serta membersih longkang dan parit di sekitar kawasan bangunan dengan menggunakan dan membuang semua sampah, mendapan dan rumput rampai. Dibubuh kapur pembersih kulat dan kotoran, dua minggu sekali.
 · Menyiram pokok dalam pasu dan atas tanah, membaja, menanam dan trim/mencantas/membersih dan menggembur tanah di pangkal pokok dua bulan sekali (mengikut keperluan).
 · Menjalankan kerja-kerja pada cuti semester akhir persekolahan seperti berikut :
 -  Membersih dan mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, bingkai gambar dan lain-lain kelengkapan dalam bangunan dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian.
-  Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah dan sawang di semua bangunan asrama.
-  Mengelap lantai (mopping) semua bilik, kaki lima bangunan dan tangga dengan menggunakan bahan kimia yang bermutu.
 ·         Memastikan semua pekerjanya memakai pakaian seragam yang disediakan kontraktor dengan keadaan yang sempurna serta memakai kad pengenalan diri. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan semasa asrama, mencatat nama dalam buku  kedatangan pada setiap hari dan berperawakan kemas serta bersih.
 * Rujuk Dokumen Perjanjian Kontrak Bagi Perkhidmatan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan Sekolah.
  N. SISTEM FAIL     Pengkelasan Fail yang dicadangkan: ·         Fail hendaklah dikelaskan dan diberi nombor kod yang sesuai. Fail disusun mengikut tajuk-tajuk besar atau dinamakan “Level Pertama”. Tiap-tiap  level pertama dipecahkan kepada perkara/tajuk kecil yang dinamakan “Level Kedua” . Seterusnya tajuk-tajuk bagi level kedua dipecahkan pula kepada tajuk-tajuk lebih kecil yang dinamakan “Level Ketiga”.
 ·         Oleh sebab semua tajuk besar sama mustahak, adalah lebih baik tajuk-tajuk tersebut disusun mengikut abjad kerana lebih mudah untuk mencari sesuatu fail.
 ·         Fail ini diberi nombor kod berdasarkan tajuk-tajuk besar seperti  berikut:
 01   Asrama                                  
02    Hal Ehwal Murid                     
03   Kemudahan Fizikal                                
04    Kewangan dan Akaun                
05    Kokurikulum
06   Kurikulum
07   Pentadbiran
08   Perhubungan
09   Perjawatan & Perkhidmatan
10    Pengauditan
 Fail Asrama { 01 } 1.                Alat Kelengkapan/Perabot Asrama
 ·            Bekalan alat/perabot asrama.
·            Kehilangan dan hapus kira asrama.
·            Sebut harga asrama.
·            Penyelenggaraan alat perkakas/perabot asrama.
·            Surat menyurat asrama.
 2.              Bekalan Makanan ·               Pemeriksaan dewan makan.
·               Pesanan makanan harian.
·               Tender makanan asrama.
·               Surat menyurat.
·               Bekalan air/elektrik.
·               Aduan makanan.
·               Laporan/tindakan.
·               Maklumat pekerja.
           
3.   Kemasukan Murid Asrama ·         Borang permohonan masuk asrama
·         Keputusan peperiksaan murid.
 4.    Kewangan Asrama ·            Bantuan kerajaan/LPBT. {asrama}
·            Pekeliling Kewangan Asrama.
·            Yuran asrama/dobi.
·            Lebihan makanan  asrama.
·            Permohonan pembelian barang.
 5.      Pengurusan Dan Pentadbiran Asrama ·               Retan asrama.
·               Jadual tugas warden.
·               Maklumat data asrama.
·               Laporan prestasi bulanan kontraktor.
·               Pemantauan asrama.·               Minit mesyuarat asrama. 6.          Penyelenggaraan Bangunan/Kawasan Asrama
 ·         Sebut harga penyelenggaraan asrama.
·         Kerosakan / baik pulih.
 7.          Peraturan Dan Disiplin Asrama
 ·         Kebenaran keluar.
·         Peraturan tatatertib.
·         Tindakan dan hukuman disiplin asrama.
 8.     Perjawatan Asrama
 ·   Lantikan warden
·   Kakitangan asrama
·   Permohonan kakitangan asrama
 9.       Dobi
·         Tender dobi
·          Pelbagai
 10.   Pekeliling/Siaran
                   Pekeliling Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran
       Daerah.         Hal Ehwal Murid {02} 1. Bantuan Biasiswa {Pentadbiran}2. Bimbingan Dan Kaunseling3. Berhenti Asrama4. Disiplin ·         Kesalahan dan hukuman.
-     Lembaga pengawas.
-     Peraturan sekolah.
-     Ponteng sekolah.
-     Surat kepada ibu bapa/penjaga.
-     Buang Asrama
 5. Kesihatan6. Lawatan/Perkhemahan/Ekspo/Pameran
            7.  Pelbagai (Hal Ehwal Pelajar)