INFO TERKINI * Arahan * Makluman * Pemberitahuan * Pemberitaan *

Selasa, 14 November 2017

PIAGAM PELANGGAN ASRAMA






PIAGAM PELANGGAN
ASRAMA SMK PINAWANTAI KUDAT

Asrama SMK Pinawantai Kudat dengan penuh iltizam berikrar memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1.       Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada semua pelanggan asrama dan menjadikan ‘mesra pelanggan’ akan menjadi budaya pengurusan Asrama.
2.       Berusaha melahirkan insane yang seimbang dari segi intelek, rohaini dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi menjana modal insan cemerlang dan beriman.
3.       Memastikan setiap urusan dapat dijalankan dan diselesaikan dengan cepat, cekap dan tepat.
4.       Melaksanakan segala khidmat dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan ihklas.
5.       Memastikan setiap warga asrama sentiasa berdedikasi, komited, berdisplin dan produktif bagi membina jati diri yang teguh dan sahsiah yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kerohanian kurikulum dan kokurikum.
6.       Memastikan asrama sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif kepada penghuni asrama serta sentiasa mengutamakan keperluan pelajar asrama sepanjang tinggal di Asrama SMKPI.
7.       Berusaha memelihara hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat luar serta menghormati pandangan dan hak ibu bapa atau penjaga.
8.       Gigih membimbing dan memperkembangkan potensi pelajar asrama kea rah kegemilangan kerjaya dan masa depan mereka.
9.       Mewujudkan suasana yang muhibah, kerja berpasukan dan semangat setiakawan di kalangan warga asrama.
10.   Memastikan pelaksanaan dan pengurusan yang lancer semasa pendaftaran asrama bagi pelajar-pelajar baru pada setiap sesi pendaftaran.
11.   Mengambil tindakan pembaikan asrama sewajarnya ke atas laporan kerosakan yang diterima dalam masa 24 jam tertakluk kepada tahap kerosakan tersebut.